Saturday, August 11, 2012

alkisah di short sem..



assalamualaikum dan salam ramadhan buat pemaca sekalian... alhamdulillah.. hari ni merupakan hari ke 22 umat islam berada di bulan ramadhan.. setelah sudah lama tidak berkarya dalam page ni. harini tiba2 timbul pula mood hendak berkarya. entry kali ni berkisarkan perjalanan hidup aku sepanjang short sem yang baru berakhir beberapa hari yang lepas. short sem kali ni amat mencabar. walaupun cuma 2 subjek yg digalas, tapi sangat menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi. jiwa kena kental amek short sem nie. ye la. orang lain tengah enak2 bercuti selama 3 bulan, tp tidak bg student utm yg ambil kos akaun nie. kami terpaksa melalui short sem dgn jadual yg amat padat untuk memendekkan lagi short sem yg sudah sememangnya short bagi memberi laluan kepada cuti hari  raya aidilfitri nanti. teruk jugakla. tapi alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. tension, stress, emosi terganggu, insomnia tu sudah menjadi darah daging sebaik sahaja bergelar mahasiswa. walau pahit macam mana sekalipun, hidup mesti diteruskan. perjuangan perlukan pengorbanan. harapan mak abah tergalas dibahu. sebagai anak, adalah menjadi tanggungjawab untuk membahagiakan mereka selagi mereka masih mampu melihat kita. bagi menebus keputusan sem 2 yg agak teruk, aku sedaya upaya belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yg lebih memberangsangkan berbanding sem lepas. azam dan niat mestilah selari. kalau tidak, sukarlah hendak mencapai cita2. dengan sedaya upaya, aku cuba untuk skor. apabila semuanya selesai, tawakkal sahaja lah yg mampu. walaupun short sem nie singkat, aku sempat juga join beberapa program. tp tidaklah banyak seperti semester2 biasa. setapat termampu jela.. 

antara program yg aku join..
produa eco-challenge. sbg supporter je la. dpt jugak jejakkan kaki di malacca international motorsport circuit. :-)



kami berempat...

kereta ni nampak unik. love pink so much.

bersama kakak2 senior dan kawan2.

tiba2 jumpa baby yang comel ni. dia sangat sporting.

knp dgn kami? ini sebab menahan bau kurang enak yg dikeluarkan oleh.......
paham2 je la sape kt belakang tu. hehe..

calamaro.. go utm..

ha..ni time study week.. lihatlah..
maaf sekiranya agak messy sikit. normal la bila aku buka buku nak study.




amek ha. x cukup 1 kamus aku rujuk.

bila dh bosan study kt meja. aku berallih tmpat ke katil pula.

semua benda aku angkut atas katil nie.

tido dengan buku2, alat tulis, laptop n teddy near yg dikidnap dr bilik syira.. :-)
heavennye rasa.. haha




nie masa kami berpuasa ramai2 n keluar nak berbuka kt luar. punyala susah nk cari tmpat sebenar. last skali kampung melayu majidee yang jd hala tuju.

nie sebelum puasa nie. malas pg cafe punya pasal. masak je la apa yg ada. makanan org bujang..




seterusnya. menziarahi keluarga angkat ily,ayu,suha n mala di gelang patah.

otw. ayu je muka.haha

kami penumpang di belakang. :-)


wohooo..jgn terkejut lihat gmbar di bawah.

sedang berusaha mencari rujukan bagi meyiapkan assignment. setelah dikomen oleh lecturer, kena lah edit balik mana2 yg patut. tp majoritinya semua perlu diubah. so, rujukan kenalah banyak kn... 

tgk2. smpai senget2 tudung. nk cari bahan punya pasal.



ok. that's the end of the story. sebenarnya banyak lagi yang terjadi. tp lupa pulak nan bluetooth piture dr kawan2. semangat nak balik kampung punya pasal la ni. haha. xpe2. itu biarlah menjadi memori aku. semoga enjoy dengan entry kali nie. bukan senang aku nak update blog nie kn. hehe..
sekian.. salam ramadhan..
<3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.