Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua pengikut setia blog nie.
harinie saya ingin berkongsi serba sedikit tentang persahabatan. persahabatab x selalunya indah. kadang kala ada juga badai yang melanda. pembaca semua setuju x dengan statement tersebut? ok. lain org,lain pendapatnya kan. berdasarkan pengalaman penulis, persahabatan memang indah kalau semua org ada sifat tolak ansur,jujur, amanah,ambil berat dan tidak mementingkan diri sendiri. seandainya semua org di muka bumi nie begitu,kan aman dunia nie. tp,yela kan. manusia tidak sempurna. pasti ada saja masalah yang timbul. kalau tidak bijak mengawal emosi,pasti tewas.
di awal persahabatan memang semuanya baik je. apabila sudah lama berkenalan, sedikit demi sedikit belang mula ditonjolkan. pada zahirnya nampak tulus dan suci,tp d dlm,hanya tuhan yang tahu. kadang kala terlalu keterlaluan sehingga membuatkan orang di sekeliling meluat. benarlah kata pepatah. 'don't judge a book by its cover'. ALIM x semestinya baik. kadangkala mereka menyembunyikan sifat sebenar di sebalik ke aliman tersebut. begitu juga sebaliknya. yang kurang sopan itu x semestinya teruk. kadang kala dalam hati mereka tersimpan 1 hati yang sangat tulus dan ikhlas.
jadi,pesanan saya, berkenalanlah dengan sesiapa sahaja. tetapi ikhlaslah dalam persahabatan. jangan ada sifat iri hati dan hasad dengki dalam diri masing-masing. jadi diri sendiri walau di mana dan dengan siapa kita berkawan sekali pun.kerana seorang kawan yang baik, akan menerima apa jua sifat rakan tersebut. jika salah,tegurlah sahabat anda dengan berhikmah.
Wallah hu a'lam. entry ini hanya sebagai renungan kita semua sahaja. sekian untuk entry kali ini.terima kasih.